BANTULAH RUMAH ANAK YATIM DI MALAYSIA

Rumah Anak Yatim Di Selangor

Rumah Anak Yatim Di Kuala Lumpur

Rumah Anak Yatim Di Negeri Sembilan

Rumah Anak Yatim Di Melaka

Rumah Anak Yatim Di Pahang

Rumah Anak Yatim Di Perak
Pertubuhan Baitul Aini Kg. Kepayang, Ipoh

Rumah Anak Yatim Di Johor

Rumah Anak Yatim Di Kelantan

Rumah Anak Yatim Di Terengganu

Rumah Anak Yatim Di Kedah

Rumah Anak Yatim Di Pulau Pinang

Rumah Anak Yatim Di Perlis

Rumah Anak Yatim Di Sabah

Rumah Anak Yatim Di Sarawak

Sumbang Dana utk Majlis ILMU anjuran HARUM

KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR
Harum adalah satu NGO Islamic yg akan menganjurkan satu perhimpuan dan karnival kekeluargaan Islam dan mereka perlukan dana utk jayakan karnival ini. So kalau kita boleh sumbangkan 5000 mereka akan berikan kita tapak gerai percuma utk tiga hari. Dan admin TP mahu rebut peluang ini utk dapatkan tapak gerai dan ajarkan anak-anak yatim keusahawanan dan pengalaman mengendalikan gerai. Kami nak jual t-shirt WE LOVE OUR PROPHET (tgk macam dalam profile) dan item-item WLOP yg lain. Itu pun kami perlukan modal. CABARAN HARUM inilah kita akan sumbang dana utk majlis ILMU anjuran HARUM dan sumbang DANA utk buat modal permulaan anak-anak yatim berniaga. Hasil jualan akan diberikan kepada RUMAH mereka. Dan anak-anak akan dapat pengalaman 'hidup'......

LAMAN WEB: http://www.facebook.com/TheTelekungProject

Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA)

PERTUBUHAN ANAK YATIM DARUL AMINAN (PAYDA)
Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) telah ditubuhkan pada 30 November 2005 dan diluluskan sebagai pertubuhan berdaftar pada 30 Disember 2005 di bawah akta S (7) Akta Pertubuhan 1996. Ia adalah sebuah anak badan sukarela yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak yatim di Negeri Sembilan.

Sehingga kini terdapat seramai 43 orang anak-anak yatim yang bersekolah dan tinggal di bawah jagaan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA). Anak-anak ini ditempatkan di tiga buah rumah di sekitar Ampangan, Seremban. Rumah-rumah tersebut telah diubahsuai menjadi sebuah asrama di lengkapi dengan pelbagai kelengkapan terutamanya pembelajaran.

Asrama perempuan yang diberi nama Saidatina Humairah dan asrama lelaki Saidina Hassan di sewa daripada penduduk setempat.Saidina Hussin diberi kebenaran untuk tinggal tanpa sewa oleh seorang hamba Allah.

Anak-anak yatim yang diambil untuk di tinggal di bawah Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) terdiri daripada anak-anak yang bersekolah iaitu anak-anak yang berumur dari 1 tahun sehingga 19 tahun. Anak-anak ini dipilih daripada latar belakang keluarga yang betul-betul memerlukan bantuan.

Pertubuhan Baitul Aini

PERTUBUHAN BAITUL AINI
Pertubuhan Baitul Aini adalah sebuah pusat tahfiz dan jagaan anak-anak yatim miskin di Ipoh, Perak.

Pertubuhan ini adalah antara pusat jagaan anak yatim di Perak yang mempunyai kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Majlis Agama Islam Perak dan Selangor, serta Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Pertubuhan ini ditubuhkan khusus untuk mendidik dan membela nasib anak-anak yatim dan miskin bagi menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran di masa akan datang.

Selain menjaga kebajikan mereka, Pertubuhan Baitul Aini juga melengkapkan mereka dengan ilmu akhirat untuk bekalan yang bukan hanya di dunia malah di akhirat kelak, negeri yang kekal abadi.

Pertubuhan Baitul Aini telah didaftarkan pada 10 Disember 2008 dibawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan Malaysia 1966, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, dengan nombor pendaftaran 2069-08-PRK, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan di bawah naungan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM), Perak.

Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim (YAATIM) Kelantan

YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM (YAATIM) KELANTAN
(RUMAH PUTERI HARAPAN)
No. 1, Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota
Bharu, Kelantan
Tel : 09 - 7735494
Fax: 09 - 7745498

Ditubuhkan pada 1993 dan didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Pemegang Amanah 1952.

Membela dan memberi perlindungan serta membantu anak-anak yang tiada pergantungan hidup khususnya golongan anak yatim dan miskin.

No. akaun : BIMB 03018010050062
Nama akaun : Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan

FACEBOOK: http://www.facebook.com/YAATIM

Rumah Kanak-Kanak Arau

RUMAH KANAK-KANAK ARAU

(Rumah Pemulihan & Perlindungan Juvana Dan Anak Yatim)
Jalan Guar Nangka
02500 Mata Air, Perlis
No. Telefon: 04-986 1721 / 1761
No. Faks: 04-986 1696

RUMAH BAKTI NUR SYAHEERA

RUMAH BAKTI NUR SYAHEERA
Jawatankuasa pengurusan bersyukur kehadrat Allah SWT, dengan limpah kurnia dan taufik hidayahNya, sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin yang dinamakan dengan nama RUMAH BAKTI NUR SYAHEERA telah pun berjaya ditubuhkan. Rumah anak yatim ini adalah di bawah pengurusan dan naungan PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR SYAHEERA KUALA KUMPUR dengan No. pendaftaran 1379-09-WKL.

Pada masa ini ,bilangan anak-anak yatim dan miskin yang tinggal dirumah ini adalah seramai 24 orang dan bilangan ini akan ditambahkan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan. Segala pengurusan, pentadbiran dan perbelanjaan anak-anak yatim ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera.

Buat masa ini, sumber kewangan untuk tujuan ini adalah semata-mata dari derma yang diterima dari dermawan-dermawan yang budiman. Pihak Jawatankuasa amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan kearah menjayakan hasrat murni ini. Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayahNya kepada para dermawan sekelian.

Sabda Rasullullah S.A.W.
Bermaksud:-“Sesungguhnya Allah Taala Menolong hambanya selagimana hambanya itu menolong saudaranya”

ALAMAT:
No.23 Jalan Jaya Baru 3, Taman Jaya Baru, Cheras 56000 Kuala Lumpur
Tel: +603 9100 4074

Johari Hj. Basri (Pengerusi)
Tel : 012 292 2542

LAMAN WEB: http://www.nursyaheera.com/main/index.html

Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK)

RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK)
Pusat Kebajikan untuk Anak-anak Yatim, anak fakir miskin, anak-anak ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat.

Berazam dan bertekad untuk membantu membawa sinar baru dalam kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik dengan mengusahakan sedaya mungkin segala keperluan yang diperlukan mereka dari segala segi samada keperluan lahiriah mahupun rohaniah.

Akan diusahakan semoga lahirlah dari Rumah Amal Limpahan Kasih ini mereka yang terbangun mindanya, akalnya, jasmaninya dan rohaninya. Mereka juga memiliki jati diri dan kekuatan jiwa yang kental sehingga mampu menjadi model kepada golongan yang senasib dengan mereka serta peka, bersemangat dan bercita-cita untuk turut membela dan menaungi orang lain sebagai mana pembelaan yang telah mereka perolehi sebelum ini...