BANTULAH RUMAH ANAK YATIM DI MALAYSIA

Rumah Anak Yatim Di Selangor

Rumah Anak Yatim Di Kuala Lumpur

Rumah Anak Yatim Di Negeri Sembilan

Rumah Anak Yatim Di Melaka

Rumah Anak Yatim Di Pahang

Rumah Anak Yatim Di Perak
Pertubuhan Baitul Aini Kg. Kepayang, Ipoh

Rumah Anak Yatim Di Johor

Rumah Anak Yatim Di Kelantan

Rumah Anak Yatim Di Terengganu

Rumah Anak Yatim Di Kedah

Rumah Anak Yatim Di Pulau Pinang

Rumah Anak Yatim Di Perlis

Rumah Anak Yatim Di Sabah

Rumah Anak Yatim Di Sarawak

Rumah Amal Belaian Kasih (RABEKA)

RUMAH AMAL BELAIAN KASIH (RABEKA)
Rumah Amal Belaian Kasih (RABEKA) merupakan sebuah rumah amal bagi mengurus serta mengendali segala keperluan kebajikan anak-anak yatim, fakir,miskin, remaja-remaja insaf serta asnaf-asnaf zakat (8 golongan yang layak menerima zakat)
Rumah Amal Belaian Kasih (RABEKA) sedang menguruskan segala keperluan kebajikan anak - anak ini di segenap aspek kehidupan mereka mengikut keperluan yang sewajarnya sepertimana anak – anak yang lain seperti makan–minum, pakaian, keperluan harian, keperluan persekolahan termasuk wang poket mereka dsbnya.

Rumah Amal Belaian Kasih ini juga bukan sahaja memenuhi keperluan lahiriah anak - anak ini bahkan menitik beratkan soal keperluan insaniah mereka dalam erti kata lain menekankan soal pendidikan mereka sekaligus dapat membimbing, membentuk lahiriah & insaniah mereka ke arah perkembangan fitrah semula jadi dan potensi anak-anak ini secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang yang berteras dan berlandaskan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Dengan kaedah ini, Insya Allah ianya akan dapat mengimbangi perkembangan anak–anak ini baik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah bukan sahaja mengharapkan kasih sayang manusia semata –mata bahkan berusaha untuk mendapatkan kasih sayang Tuhan
dengan mengetahui bukan sahaja (di segi ilmunya) bahkan kenal dan cinta kepada Allah, menjadikan Tuhan sebagai matlamat hidupnya, kenal dan kasih kepada Rasul-Nya serta dapat melahirkan seorang pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia, kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi menjadi muslim muttaqi serta mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Kaedah ini sesuai dengan sepotong /dua hadis yang bermaksud : " Sesungguhnya setiap anak yang lahir itu dalam keadaan fitrah yang suci ( baik ), maka kedua Ibu / Bapa merekalah yang akan menjadikan anak-anak ini sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi ".( riwayat Imam Bukhari ) “ Barangsiapa yang berkehendakkan dunia hendaklah ia memiliki ilmu, barangsiapa yang berkehendakkan akhirat hendaklah ia memiliki ilmu dan barang siapa yang berkehendakkan kedua-duanya hendaklah ia memiliki ilmu”.

HUBUNGI KAMI
(Pejabat PKPIT & Sekolah)
No.20-G&22-G, Jalan UP 1/7, Taman Ukay Perdana,
68000 Ampang, Selangor
Tel: 03-4107 4148 Fax 03-4107 6140
019-6343 786 / 012-4447 313 (Us. Ali)
019-3872 313 (Us. Akilah)
rabeka68@yahoo.com.my
No Akaun CIMB Bank: 1441-0010444-051 (BELAIAN KASIH MANAGEMENT)

LAMAN WEB: http://www.rabeka.org/main/

No comments:

Post a Comment