BANTULAH RUMAH ANAK YATIM DI MALAYSIA

Rumah Anak Yatim Di Selangor

Rumah Anak Yatim Di Kuala Lumpur

Rumah Anak Yatim Di Negeri Sembilan

Rumah Anak Yatim Di Melaka

Rumah Anak Yatim Di Pahang

Rumah Anak Yatim Di Perak
Pertubuhan Baitul Aini Kg. Kepayang, Ipoh

Rumah Anak Yatim Di Johor

Rumah Anak Yatim Di Kelantan

Rumah Anak Yatim Di Terengganu

Rumah Anak Yatim Di Kedah

Rumah Anak Yatim Di Pulau Pinang

Rumah Anak Yatim Di Perlis

Rumah Anak Yatim Di Sabah

Rumah Anak Yatim Di Sarawak

Pertubuhan Baitul Aini

PERTUBUHAN BAITUL AINI
Pertubuhan Baitul Aini adalah sebuah pusat tahfiz dan jagaan anak-anak yatim miskin di Ipoh, Perak.

Pertubuhan ini adalah antara pusat jagaan anak yatim di Perak yang mempunyai kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Majlis Agama Islam Perak dan Selangor, serta Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Pertubuhan ini ditubuhkan khusus untuk mendidik dan membela nasib anak-anak yatim dan miskin bagi menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran di masa akan datang.

Selain menjaga kebajikan mereka, Pertubuhan Baitul Aini juga melengkapkan mereka dengan ilmu akhirat untuk bekalan yang bukan hanya di dunia malah di akhirat kelak, negeri yang kekal abadi.

Pertubuhan Baitul Aini telah didaftarkan pada 10 Disember 2008 dibawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan Malaysia 1966, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, dengan nombor pendaftaran 2069-08-PRK, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan di bawah naungan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM), Perak.

Sejak awal penubuhannya, pertubuhan ini berusaha menempatkan anak-anak yatim miskin di bawah jagaannya dengan penuh prihatin dan kasih sayang. Bilangan anak-anak yatim miskin dibawah jagaan pertubuhan ini adalah seramai 40 orang yang kini ditempatkan di asrama tetap yang telah berjaya disiapkan pada 1 Januari 2010.

Pertubuhan ini dari masa ke masa sentiasa membina kemudahan untuk asrama ini bagi menampung penghuni yang semakin bertambah bilangannya. Untuk tujuan itu Pertubuhan Baitul Aini merangka beberapa program dan projek untuk membantu ekonomi dan kebajikan pusat jagaan anak-anak yatim miskin ini.

Semoga dengan kerjasama dan sokongan padu dari pelbagai pihak akan dapat merealisasikan impian dan hasrat murni ini. Insyaallah.

NO. RUJUKAN KELULUSAN:
Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak: No. Perakuan A/PJB KK 028/2011
Majlis Agama Islam Perak: MAIPk./05-PD/139-BA Jld 1
Majlis Agama Islam Selangor: MAIS/E/MAL/03-2/001/03-4/2
Lembaga Hasil Dalam Negeri: LHDN.01/35/42/51/179-6.6844
Polis DiRaja Malaysia: HH 03/2011 Dlm. KPN 61/10/16 Lesen No. 00110-00113

Baitul Aini adalah sebuah institusi kebajikan serta tahfiz Al-Quran yang bertanggungjawab untuk menerima infaq (derma) yang diberikan oleh insan yang terpilih oleh Allah S.W.T. untuk dikongsi oleh mereka yang amat memerlukan iaitu anak-anak yatim dan miskin.

Pihak pengurusan Baitul Aini sejak penubuhannya telah berusaha keras untuk menyediakan kemudahan, mendidik dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak yatim yang terbiar.

Oleh itu besarlah harapan kami jika pihak Tuan/Puan sudi menyertai kami untuk memberikan pelbagai sumbangan bagi tujuan pembangunan dan penyelenggaraan anak-anak yatim miskin Baitul Aini. Ini termasuk perbelanjaan wang yang diperlukan untuk yuran persekolahan, elaun pembelajaran harian, pengurusan asrama dan juga kakitangan.

Segala bantuan dan sokongan dari pihak Tuan/Puan adalah amat kami hargai dan didahului dengan setinggi-tinggi terima kasih.

BANK: MAYBANK BERHAD
AKAUN: PERTUBUHAN BAITUL AINI
NO. AKAUN: 508319215623
CEK ATAS NAMA: PERTUBUHAN BAITUL AINI

BANK: AMISLAMIC BANK BERHAD
AKAUN: PERTUBUHAN BAITUL AINI ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN IPOH PERAK
NO. AKAUN: 0032022007301
CEK ATAS NAMA: PERTUBUHAN BAITUL AINI ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN IPOH PERAK

BANK: CIMB BANK
AKAUN: PERTUBUHAN BAITUL AINI ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN IPOH PERAK
NO. AKAUN: 12470000350109
CEK ATAS NAMA: PERTUBUHAN BAITUL AINI ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN IPOH PERAK

Semua cek / kiriman wang / resit pemindahan akaun, sila alamatkan kepada:

PERTUBUHAN BAITUL AINI
Lot No 497 & 498 Jalan Tanjong,
Kg. Merawan Indah, Simpang Pulai,
31300 Kampung Kepayang, Ipoh, Perak.
atau emel: admin@baitulaini.org

Kelulusan LHDN telah diberi kepada Pertubuhan Baitul Aini di mana segala derma wang tunai akan diberi pelepasan cukai pendapatan mengikut perenggan 13 Jadual 6 dalam kelulusan subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP). Penderma hendaklah memberi maklumat berikut kepada kami bagi tujuan pemberian resit rasmi LHDN:

Nama penuh/Nama Syarikat:
Nombor K/P atau No. Daftar Perniagaan:
Alamat penuh:
Tarikh derma:
Jumlah derma:

LAMAN WEB: http://www.baitulaini.org/index.html

No comments:

Post a Comment