BANTULAH RUMAH ANAK YATIM DI MALAYSIA

Rumah Anak Yatim Di Selangor

Rumah Anak Yatim Di Kuala Lumpur

Rumah Anak Yatim Di Negeri Sembilan

Rumah Anak Yatim Di Melaka

Rumah Anak Yatim Di Pahang

Rumah Anak Yatim Di Perak
Pertubuhan Baitul Aini Kg. Kepayang, Ipoh

Rumah Anak Yatim Di Johor

Rumah Anak Yatim Di Kelantan

Rumah Anak Yatim Di Terengganu

Rumah Anak Yatim Di Kedah

Rumah Anak Yatim Di Pulau Pinang

Rumah Anak Yatim Di Perlis

Rumah Anak Yatim Di Sabah

Rumah Anak Yatim Di Sarawak

Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah

RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN AL-MUNIRAH

Penubuhan Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah ini telah di ilhamkan oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah iaitu Haji Mohd. Termizi b. Ismail dan direalisasikan oleh beliau melalui persetujuan sahabat handai serta dorongan penduduk Kampung Johan Setia yang bersedia menyumbang tenaga dan fikiran sebagai sukarelawan bagi menjayakan cita-cita ini.

Sebagai langkah pertama beliau telah menganjurkan perjumpaan pertama pada 8 Januari 2002 dengan dihadiri seramai 18 orang jawatankuasa penaja. Maka, pada tarikh tersebut telah tertubuhnya secara rasmi jawatankuasa penaja Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah dengan dipengerusikan sendiri oleh Haji Mohd. Termizi b. Ismail.

Jawatankuasa penaja ini berperanan mencari dana bagi membeli tapak tanah untuk didirikan sebuah bangunan kediaman bagi menempatkan anak-anak Yatim dan sebagai pusat operasi Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah.


Hasil usaha gigih selama hampir setahun, ahli jawatankuasa penaja akhirnya telah berjaya mengumpul RM 450,000.00 bagi membeli sebidang tanah (1.0165 ekar ) untuk dijadikan tapak bangunan Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah.

Setelah segala urusan pembelian tanah selesai ahli jawatankuasa penaja dan ahli Persatuan yang lain telah meneruskan usaha mencari dana bagi menjayakan rancangan untuk membina sebuah Rumah kediaman dan pusat operasi Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
Pendaftaran Pertubuhan sebagai satu pertubuhan yang sah telah dibuat pada 15 Ogos 2002. Pertubuhan didaftarkan atas nama “Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah.”
Sijil pendaftaran Persatuan telah diperolehi pada 25 Jun 2003 dengan nombor pendaftaran 991.

KEMASUKAN PENGHUNI
Rumah Kebajikan Anak Yatim ini beroperasi sepenuhnya pada awal 2005 dan memulakan pengambilan Anak Yatim, Yatim Piatu dan Miskin secara secara berperingkat. Walau bagaimanapun, program dan sumbangan bersama anak yatim dan ibu tunggal yang berdaftar dengan Persatuan telah dilaksana dan disalurkan secara berterusan sejak diawal penubuhan lagi.

Memandangkan ruang yang agak terhad Rumah Anak Yatim ini hanya mampu menempatkan seramai 35 orang peserta pada bulan November 2005 dan sehingga ke hari ini Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah telah berjaya menempatkan seramai 47 ( 25 pelajar lelaki, 22 pelajar perempuan ) orang Anak Yatim, Yatim Piatu dan Miskin dari sekitar Negeri Selangor, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Bagaimana cara menderma?
1. Bank-in ke akaun CIMB - 12480000295102 (Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah).
Selepas bank-in, sila hantar maklumat berikut kepada kami:
~Nama
~Alamat
~No Tel
~Jumlah derma
~Tarikh dan Masa bank-in
Hantar maklumat tersebut ke : almunirah@anakyatim.com.my atau hubungi 03-33247758. Ini adalah penting kerana akan memudahkan kami menghantar resit kepada anda.

2. Datang sendiri ke tempat kami. Kami mengalu-alukan kedatangan anda pada bila-bila masa. InsyaAllah.
Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah
Lot 15772, Jalan Johan Setia, Off Jalan Langat
41200, Klang, Selangor Darul Ehsan
No Tel : 03-33247758

LAMAN WEB: http://www.anakyatim.com.my

No comments:

Post a Comment