BANTULAH RUMAH ANAK YATIM DI MALAYSIA

Rumah Anak Yatim Di Selangor

Rumah Anak Yatim Di Kuala Lumpur

Rumah Anak Yatim Di Negeri Sembilan

Rumah Anak Yatim Di Melaka

Rumah Anak Yatim Di Pahang

Rumah Anak Yatim Di Perak
Pertubuhan Baitul Aini Kg. Kepayang, Ipoh

Rumah Anak Yatim Di Johor

Rumah Anak Yatim Di Kelantan

Rumah Anak Yatim Di Terengganu

Rumah Anak Yatim Di Kedah

Rumah Anak Yatim Di Pulau Pinang

Rumah Anak Yatim Di Perlis

Rumah Anak Yatim Di Sabah

Rumah Anak Yatim Di Sarawak

Bersedekah Kepada Anak Yatim

Anak yatim ialah kanak-kanak yang tidak mempunyai bapa. Mereka termasuk dalam golongan yang memerlukan kerana telah kehilangan ketua keluarga yang sepatutnya menyara kehidupan mereka. Maka bersedekah kepada mereka adalah sangat diutamakan.

Islam sangat mengambil berat tentang hal ehwal anak-anak yatim. Dari penjagaan mereka sehinggalah pada pengendalian harta mereka jika mereka mempunyai harta, semuanya ada digariskan di dalam al-Qur’an.

Kita diperintahkan untuk berlemah lembut dan berbuat baik kepada mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

“Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin.”
(Al-Baqarah: 83)

Ganjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhabarkan tentang kedudukan mulia di syurga bagi orang yang menjaga anak yatim.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


“Penjaga anak yatim daripada kerabat atau bukan kerabatnya, saya dan penjaga itu adalah seperti dua jari ini di dalam syurga.” Malik (periwayat hadis) mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari hantu.”
(Hadis riwayat Muslim)

Menghulurkan sedekah kepada mereka adalah salah satu daripada perlakuan baik yang dimaksudkan itu. Sedekah yang dihulurkan berupa wang ringgit atau barang-barang keperluan, bukan sahaja mengurangkan bebanan mereka, bahkan dapat menimbulkan kebahagiaan di hati mereka.

Membantu anak yatim terutama mereka yang hidup susah dan tidak mendapat penjaga yang sewajarnya inilah yang dimaksudkan sebagai ﺗﻌﺎﻭﻥ (bantu-membantu atau tolong menolong) yang dituntut oleh Islam. Oleh yang demikian, usaha berbagai-bagai pihak untuk mengumpulkan dana bagi anak-anak yatim bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Islam.

Hukum bersedekah kepada anak yatim adalah sunat. Namun lebih afdhal jika sedekah itu dihulurkan kepada anak yatim dari kalangan keluarga atau saudara mara terdekat jika ada. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

“Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?(12)(Di antaranya bagi orang yang mampu) ialah memerdekakan hamba sahaya;(13) atau memberi makan pada hari kelaparan-(14)kepada anak yatim dari kaum kerabat.(15)
(Surah al-Balad: 12-15)

Maksud ayat ke-15 dari surah al-Balad di atas adalah afdhal bersedekah kepada anak yatim dari kalangan kerabat berbanding yang bukan dari kalangan kerabat. Begitu juga afdhal bersedekah kepada anak yatim yang tiada mempunyai penjaga berbanding anak yatim yang mempunyai penjaga.

Bersedekah sama ada berupa wang atau lain-lain merupakan salah satu wadah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Pahala bagi orang yang bersedekah amat besar walaupun sedekah yang dihulurkan hanya dengan nilai yang sedikit. Ini kerana nilai yang sedikit juga menyumbang pada kegembiraan yang dirasakan oleh si penerima.

Mari kita gandakan sedekah kepada yang memerlukan terutama anak yatim, agar semua kita dapat merasakan kegembiraan bersama-sama.

Sumber: BERSEDEKAH KEPADA ANAK YATIM: TUNTUTAN AGAMA ( Bilangan 297) Brunei Darussalam

No comments:

Post a Comment