Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail
Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 di mana ianya menyediakan kemudahan asrama bagi anak-anak yatim. Yayasan ini ditubuhkan pada pertengahan tahun 1999 dan sesi pengambilan pertama anak-anak ialah pada September 1999 iaitu seramai 30 orang. Sehingga kini setelah 5 tahun beroperasi, asrama yang diberi nama Rumah Ilham ini boleh dimuatkan sehingga 80 orang anak-anak hanya menempatkan 60 orang anak-anak sahaja. Jumlah tersebut dikekalkan mengikut kemampuan kewangan yang sedia ada. Oleh kerana kawasan dan bangunan yang ada agak terhad, asrama ini hanya menempatkan pelajar lelaki sahaja.
Yayasan ini bukan sahaja membela nasib anak-anak yatim, tetapi juga memastikan anak-anak ini dididik dan diasuh dengan disiplin meliputi fizikal, mental dan rohani. Yayasan ini berharap agar anak-anak ini cemerlang dalam bidang pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi dan pada masa yang sama akhlak dan tingkah laku juga adalah terpuji.
Dengan ini mereka boleh menjadi harapan bukan sahaja keluarga bahkan pada agama, bangsa dan negara.
SUMBANGAN
http://www.anakyatimttdi.com.my/images/Borang%20derma.doc
No. 2, Jalan 5/71B, Pinggir Taman Tun Dr Ismail,
Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-7725 8592 Faks: 603-7725 6652
E-mel: admin@anakyatimttdi.com.my
Anak-anak yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi yang amat memerlukan bantuan dan belaian kasih sayang serta perhatian daripada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka yang diberikan oleh Allah kesenangan dan kelapangan masa serta tenaga bagi tujuan memdidik dan mengasuh. Ini adalah kerana anak-anak ini bukan sahaja kehilangan orang yang mereka sayangi tetapi juga tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan-kemudahan yang perlu ada bagi kanak-kanak seusia mereka.
Mereka perlu dibantu dari segi persekolahan dan pembelajaran, makan-minum, pengurusan dan sebagainya.
Ini adalah tanggungjawab kita semua. Semoga Allah SWT akan membalas segala jasa dan amal kebaikan yang kita lakukan ini dan diberi ganjaran serta dijauhkan kita dari azab api neraka.
Firman Allah SWT di dalam surah As-Saff ayat 10-11 bermaksud:-
“Wahai orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”
Islam meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Orang yang menjaga dan membantunya akan diberikan rahmat oleh Allah SWT. Oleh itu masyarakat bertanggungjawab memberikan perhatian yang sewajarnya dengan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka. Nabi SAW telah bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ibnu Maajah yang bermaksud:-
“Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tidak dijaga dengan baik”
Sumbangan dan derma ikhlas dari anda semua adalah sangat-sangat kami harapkan dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sumbangan bolehlah diberi dengan mengisi borang derma serta nyatakan nama dan alamat lengkap untuk pengiriman resit resmi (pengecualian cukai pendapatan)
LAMAN WEB: http://www.anakyatimttdi.com.my
Bantulah anak yatim, hubungi mereka sekarang!..
Keberkatan dan ganjaran membantu anak yatim tidak terkira nilainya, dermalah seikhlas mungkin.
Jika anda ingin sama-sama mengiklankan butiran rumah anak yatim, utuskan ke alamat emel bantuanakyatim@yahoo.com
Jika anda mengetahui rumah anak yatim yang daif dan perlukan pertolongan, sila hubungi saya di email diatas.
BANTULAH RUMAH ANAK YATIM DI MALAYSIA
Rumah Anak Yatim Di Selangor
Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) Puchong
Rumah Anak Yatim Di Kuala Lumpur
Rumah Bakti Nur Syaheera Cheras
Rumah Anak Yatim Di Negeri Sembilan
Rumah Anak Yatim Di Melaka
Rumah Anak Yatim Di Pahang
Rumah Anak Yatim Di Perak
Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman Ipoh & Kamunting
Pertubuhan Baitul Aini Kg. Kepayang, Ipoh
Rumah Anak Yatim Di Johor
Rumah Anak Yatim Di Kelantan
Rumah Anak Yatim Di Terengganu
Rumah Anak Yatim Di Kedah
Rumah Anak Yatim Di Pulau Pinang
Rumah Anak Yatim Di Perlis
Rumah Kanak-Kanak Arau Mata Air
Rumah Anak Yatim Di Sabah
Rumah Anak Yatim Di Sarawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment