RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK)
Pusat Kebajikan untuk Anak-anak Yatim, anak fakir miskin, anak-anak ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat.
Berazam dan bertekad untuk membantu membawa sinar baru dalam kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik dengan mengusahakan sedaya mungkin segala keperluan yang diperlukan mereka dari segala segi samada keperluan lahiriah mahupun rohaniah.
Akan diusahakan semoga lahirlah dari Rumah Amal Limpahan Kasih ini mereka yang terbangun mindanya, akalnya, jasmaninya dan rohaninya. Mereka juga memiliki jati diri dan kekuatan jiwa yang kental sehingga mampu menjadi model kepada golongan yang senasib dengan mereka serta peka, bersemangat dan bercita-cita untuk turut membela dan menaungi orang lain sebagai mana pembelaan yang telah mereka perolehi sebelum ini...
RALK mengalu-alukan dan menerima sebarang bentuk bantuan untuk anak-anak ini. Contoh barang keperluan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Makanan seperti beras, biskut, gula, susu, sardin dan lain-lain
Alat tulis, pakaian seragam, beg sekolah dan lain-lain
Sabun, berus gigi, ubat gigi, syampu, sabun pencuci dan lain-lain
Pakaian (Baru atau Terpakai)
Wang tunai atau Cek
Peralatan Pejabat : ( Baru / Terpakai ) Komputer, mesin faks, meja, kerusi, white board, rak buku, almari pakaian, sofa.
Peralatan Rumah : Mesin basuh, katil 2 tingkat, almari pakaian, rak buku, TV, kipas berdiri , air-cond, karpet, bantal, cadar, langsir dll
Kenderaan : Kereta, van atau bas. ( Untuk pengangkutan ke sekolah, menghantar barang-barang ke rumah anak yatim dan fakir miskin, mengambil barang-barang dari rumah penyumbang, kegunaan di waktu sakit , menghadiri jemputan dan urusan lain-lain yang berkaitan.
(Sekiranya barangan yang disumbangkan melebihi keperluan, RALK akan mengagih-agihkannya kepada pihak yang memerlukan bantuan seperti asrama-asrama kebajikan yang lain, sekolah tahfiz /agama, ke rumah individu yang dikenalpasti perlukan bantuan.)
Sumbangan untuk pembangunan: memasang jubin lantai, papan tanda di simpang jalan, tangki air pagar, pondok rehat, pokok-pokok lanskap, bumbung asbestos atau genting, memasang awning dan lain-lain kerja untuk membaik pulih bangunan tetap RALK di Kg. Seri Aman, Batu 13, Puchong. Kerja-kerja ini sedang diusahakan dari masa ke semasa sebaik sahaja mendapat dana yang mencukupi.
Sumbangan melalui wang tunai atau cek bolehlah di buat atas nama:
Rumah Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343531956 (makan / minum utiliti)
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 562777200627 (untuk pendidikan)
Pengurusan Baitul Hidayah Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343532238 (untuk kebajikan / pendidikan saudara baru)
ALAMAT
Ibu Pejabat & AsramaPutera
Lot 115A, Lorong Bistari 3
Kg Sri Aman, Batu 13
47100 Puchong, Selangor
Tel : 03-80618050
Fax : 03-80607514
Asrama Puteri:
No 49, Jalan BP 11/3
Bandar Bukit Puchong 2
47100 Puchong,Selangor.
Tel: 03-80601770 Fax: 80684640
Sebarang pertanyaan, hubungi:
Pn Rabaah 019-2227339 atau En Zawawi 016-3627913
LAMAN WEB: http://www.rumahamallimpahankasih.com/
Bantulah anak yatim, hubungi mereka sekarang!..
Keberkatan dan ganjaran membantu anak yatim tidak terkira nilainya, dermalah seikhlas mungkin.
Jika anda ingin sama-sama mengiklankan butiran rumah anak yatim, utuskan ke alamat emel bantuanakyatim@yahoo.com
Jika anda mengetahui rumah anak yatim yang daif dan perlukan pertolongan, sila hubungi saya di email diatas.
BANTULAH RUMAH ANAK YATIM DI MALAYSIA
Rumah Anak Yatim Di Selangor
Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) Puchong
Rumah Anak Yatim Di Kuala Lumpur
Rumah Bakti Nur Syaheera Cheras
Rumah Anak Yatim Di Negeri Sembilan
Rumah Anak Yatim Di Melaka
Rumah Anak Yatim Di Pahang
Rumah Anak Yatim Di Perak
Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman Ipoh & Kamunting
Pertubuhan Baitul Aini Kg. Kepayang, Ipoh
Rumah Anak Yatim Di Johor
Rumah Anak Yatim Di Kelantan
Rumah Anak Yatim Di Terengganu
Rumah Anak Yatim Di Kedah
Rumah Anak Yatim Di Pulau Pinang
Rumah Anak Yatim Di Perlis
Rumah Kanak-Kanak Arau Mata Air
Rumah Anak Yatim Di Sabah
Rumah Anak Yatim Di Sarawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment