Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (PKAYJ)
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (PKAYJ) telah di tubuhkan pada hari Ahad 1 Januari 1978 di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah , Jalan Duke, Johor Bahru.
Dengan semangat yang penuh kesedaran dan keinsafan ahli-ahli perseorangan, sukarelawan, pertubuhan politik dan kebajikan sukarela, pegawai-pegawai kerajaan dan ahli perniagaan yang hadir pada hari itu telah bersetuju menubuhkan PKAYJ untuk memberikan bantuan, pertolongan, bimbingan, asuhan didikan rohani dan jasmani agar anak-anak yatim piatu/ yatim bapa ini menjadi seorang insan yang terbela hidupnya dan bertaqwa.
Pada 30 Oktober 1979 Kerajaan Negeri Johor telah meminjamkan sebuah rumah kediaman pegawainya di No. 118, Jalan Bukit Cagar, Johor Bahru kepada pertubuhan ini dan PKAYJ telah menamakannya “ RUMAH BARKAT ”.
Memandangkan bilangan anak-anak yatim piatu / yatim bapa pada masa itu lebih daripada 5,000 orang, PKAYJ tidak berupaya memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka. Setelah RUMAH BARKAT di baik pulih bangunannya, pada 26 April 1980 PKAYJ telah menempatkan anak sulongnya seramai 15 orang yang memenuhi syarat-syarat berikut:-
1. Yatim piatu/yatim bapa
2. Bersekolah dan umurnya tidak melebihi 12 tahun
3. Permohonan dibuat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat
4. Laporan pengesahan Doktor
Bantulah anak yatim, hubungi mereka sekarang!..
Keberkatan dan ganjaran membantu anak yatim tidak terkira nilainya, dermalah seikhlas mungkin.
Jika anda ingin sama-sama mengiklankan butiran rumah anak yatim, utuskan ke alamat emel bantuanakyatim@yahoo.com
Jika anda mengetahui rumah anak yatim yang daif dan perlukan pertolongan, sila hubungi saya di email diatas.
BANTULAH RUMAH ANAK YATIM DI MALAYSIA
Rumah Anak Yatim Di Selangor
Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) Puchong
Rumah Anak Yatim Di Kuala Lumpur
Rumah Bakti Nur Syaheera Cheras
Rumah Anak Yatim Di Negeri Sembilan
Rumah Anak Yatim Di Melaka
Rumah Anak Yatim Di Pahang
Rumah Anak Yatim Di Perak
Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman Ipoh & Kamunting
Pertubuhan Baitul Aini Kg. Kepayang, Ipoh
Rumah Anak Yatim Di Johor
Rumah Anak Yatim Di Kelantan
Rumah Anak Yatim Di Terengganu
Rumah Anak Yatim Di Kedah
Rumah Anak Yatim Di Pulau Pinang
Rumah Anak Yatim Di Perlis
Rumah Kanak-Kanak Arau Mata Air
Rumah Anak Yatim Di Sabah
Rumah Anak Yatim Di Sarawak
Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Islam (PAYASUM)
Lembaga Pengurusan & Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM)
Bermula pada tahun 1940 dengan sebuah madrasah, yang telah di beri nama Madrasah Diniah oleh Tuan Guru Haji Abdul Wahid bin Othman. Pada mulanya Madrasah ini hanya berbumbungkan atap rumbia dan berdindingkan kayu. Berkalan elektrik dan air masih belum ada.Jumlah pelajar pada permulaannya hanya seramai 40 orang sahaja. Murid-murid permulaannya ialah anak-anak kampung sahaja. Pada tahun 1943, barulah Madrasah ini mula menerima pelajar dari luar negeri melaka. Pada tahun 1944, dengan sokongan ahli-ahli kariah dan orang ramai maka dapatlah membina sebuah Madrasah baru yang panjangnya anggaran 120 kaki dan lebar 50 kaki 2 tingkat.Madrasah baru itu, boleh menempatkan 100 orang pelajar. Pada tahun1950, sebuah madrasah perempuan di bina di belakang rumah Tuan Haji Abdul Wahid dengan bangunan 2 tingkat yang boleh menempatkan seramai 60 orang.
Pada tahun 1954, bermulanya usaha memelihara anak-anak yatim dan nama asramanya adalah Darul Aitam. Keluasan asrama tersebut berukuran, 100 kaki dan lebar 40 kaki. Asrama tersebut telah menempatkan seramai 60 orang anak-anak yatim lelaki. Pada Disember 1960 telah berlaku satu kebakaran yang telah meranapkan dua buah bangunan Madrasah (L/P) termasuk rumah Tuan Guru Hj Abdul Wahid,dan kesemua harta benda tidak dapat di selamatkan.

Rumah Tunas Harapan Payong Seri Sejahtera Kuala Pilah

Alamat: Sri Menanti, Negeri Sembilan, 71550
Telefon: 06 - 4811163
Fax: 06 - 4817961
Pegawai: En Zaimi

Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah
RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN AL-MUNIRAH
Penubuhan Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah ini telah di ilhamkan oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah iaitu Haji Mohd. Termizi b. Ismail dan direalisasikan oleh beliau melalui persetujuan sahabat handai serta dorongan penduduk Kampung Johan Setia yang bersedia menyumbang tenaga dan fikiran sebagai sukarelawan bagi menjayakan cita-cita ini.
Sebagai langkah pertama beliau telah menganjurkan perjumpaan pertama pada 8 Januari 2002 dengan dihadiri seramai 18 orang jawatankuasa penaja. Maka, pada tarikh tersebut telah tertubuhnya secara rasmi jawatankuasa penaja Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah dengan dipengerusikan sendiri oleh Haji Mohd. Termizi b. Ismail.
Jawatankuasa penaja ini berperanan mencari dana bagi membeli tapak tanah untuk didirikan sebuah bangunan kediaman bagi menempatkan anak-anak Yatim dan sebagai pusat operasi Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah.

Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman
PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN
Pada masa ini Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman (Rumah Nurul Iman) mempunyai dua buah Pusat Jagaan, sebuah terletak di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak dan sebuah terletak di Kampung Pinang, Kamunting, Taiping, Perak.
Selain itu Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman menyewa beberapa rumah berasingan bagi menempatkan remaja (bekas penghuni pusat jagaan yang telah mencapai umur 18 tahun) dan ibu-ibu tunggal yang memerlukan perlindungan (anak-anak ibu-ibu tunggal ini ditempatkan bersama ibu mereka).
Secara keseluruhan Pentadbiran Pusat Jagaan Anak Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman menempatkan 83 orang yang terdiri 59 orang kanak-kanak yatim dan miskin 7 orang ibu tunggal, 11 orang anak ibu-ibu tunggal serta 6 orang remaja bekas punghuni pusat jagaan yang masih melanjukan pelajaran atau belum berkahwin (bagi bekas penghuni perempuan).

Rumah Amal Belaian Kasih (RABEKA)
RUMAH AMAL BELAIAN KASIH (RABEKA)
Rumah Amal Belaian Kasih (RABEKA) merupakan sebuah rumah amal bagi mengurus serta mengendali segala keperluan kebajikan anak-anak yatim, fakir,miskin, remaja-remaja insaf serta asnaf-asnaf zakat (8 golongan yang layak menerima zakat)
Rumah Amal Belaian Kasih (RABEKA) sedang menguruskan segala keperluan kebajikan anak - anak ini di segenap aspek kehidupan mereka mengikut keperluan yang sewajarnya sepertimana anak – anak yang lain seperti makan–minum, pakaian, keperluan harian, keperluan persekolahan termasuk wang poket mereka dsbnya.
Rumah Amal Belaian Kasih ini juga bukan sahaja memenuhi keperluan lahiriah anak - anak ini bahkan menitik beratkan soal keperluan insaniah mereka dalam erti kata lain menekankan soal pendidikan mereka sekaligus dapat membimbing, membentuk lahiriah & insaniah mereka ke arah perkembangan fitrah semula jadi dan potensi anak-anak ini secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang yang berteras dan berlandaskan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Dengan kaedah ini, Insya Allah ianya akan dapat mengimbangi perkembangan anak–anak ini baik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah bukan sahaja mengharapkan kasih sayang manusia semata –mata bahkan berusaha untuk mendapatkan kasih sayang Tuhan

Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail

Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 di mana ianya menyediakan kemudahan asrama bagi anak-anak yatim. Yayasan ini ditubuhkan pada pertengahan tahun 1999 dan sesi pengambilan pertama anak-anak ialah pada September 1999 iaitu seramai 30 orang. Sehingga kini setelah 5 tahun beroperasi, asrama yang diberi nama Rumah Ilham ini boleh dimuatkan sehingga 80 orang anak-anak hanya menempatkan 60 orang anak-anak sahaja. Jumlah tersebut dikekalkan mengikut kemampuan kewangan yang sedia ada. Oleh kerana kawasan dan bangunan yang ada agak terhad, asrama ini hanya menempatkan pelajar lelaki sahaja.
Yayasan ini bukan sahaja membela nasib anak-anak yatim, tetapi juga memastikan anak-anak ini dididik dan diasuh dengan disiplin meliputi fizikal, mental dan rohani. Yayasan ini berharap agar anak-anak ini cemerlang dalam bidang pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi dan pada masa yang sama akhlak dan tingkah laku juga adalah terpuji.

Subscribe to:
Posts (Atom)